SHAH ALAM, 2 JAN: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan sembilan kes baharu positif Covid-19 dalam kalangan mangsa banjir hari ini, menjadikan keseluruhan 460 jangkitan.
SHAH ALAM, 1 JAN: Semua mangsa banjir telah pulang ke rumah apabila pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini ditutup malam tadi.
SHAH ALAM, 31 DIS: Sebanyak 2,258 keluarga terjejas akibat banjir menerima bantuan Selangor Bangkit setakat semalam, maklum Dato' Menteri Besar.
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Pahang, Kelantan, Selangor dan Negeri Sembilan terus mencatatkan penurunan dengan beberapa lagi pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup, manakala di Melaka kekal dengan jumlah sama.
Oleh Erda Khursyiah Basir KUALA LUMPUR, 29 DIS: Bencana banjir yang berlaku di lapan buah negeri termasuk Selangor dan beberapa daerah di Pahang serta Negeri Sembilan baru-baru sudah tentunya memberi kesan mendalam kepada kebanyakan mangsa yang terlibat, termasuklah dari aspek...
SHAH ALAM, 29 DIS: Bantuan tunai RM1,000 oleh Kerajaan Selangor memberi semangat kepada mangsa banjir membina semula kehidupan yang terjejas akibat bencana itu.
KUALA LUMPUR, 28 DIS: Jumlah mangsa banjir dan pusat pemindahan sementara (PPS) di empat negeri iaitu Selangor, Pahang, Kelantan dan Negeri Sembilan berkurangan pada tengah hari ini manakala di Melaka tidak berubah.
SHAH ALAM, 28 DIS: Mangsa banjir yang ingin membaiki alatan elektrik secara percuma boleh berbuat demikian di Dewan Azalea, Taman Sri Muda di sini bermula hari ini.
SHAH ALAM, 27 DIS: Mangsa banjir yang berdaftar di pusat pemindahan sementara (PPS) berwarta atau swasta tidak perlu mengisi borang bantuan RM1,000, kata Dato’ Menteri Besar.
KUALA LUMPUR, 27 DIS: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menerima maklumat mengenai beberapa individu dipercayai ahli sindiket pemberi pinjaman wang tanpa lesen atau ah long mula mendekati mangsa banjir bagi menawarkan pinjaman.
SHAH ALAM, 27 DIS: Pendaftaran dan pengagihan bantuan sebanyak RM1,000 kepada mangsa banjir di negeri ini akan bermula secara berperingkat mulai Rabu ini, kata Dato' Menteri Besar.
KUALA LUMPUR, 27 DIS: Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang terkesan dengan bencana banjir boleh mengemukakan permohonan penangguhan bayaran balik pinjaman mulai esok sehingga 31 Mac 2022.
SHAH ALAM, 26 DIS: Seorang mangsa banjir berharap Kerajaan Selangor mempertimbang pengecualian bayaran bil air dilanjutkan sebulan lagi.
SUBANG JAYA, 24 DIS: Mangsa banjir di Selangor berharap tempoh permohonan bantuan RM1,000 oleh Kerajaan Negeri dilanjut berikutan kekangan masa dihadapi ketika ini.
SHAH ALAM, 24 DIS: Empat kali berdepan musibah banjir dalam tempoh kurang sebulan menyebabkan seorang suri rumah bersama suami dan tiga anaknya tinggal sehelai sepinggang.
SHAH ALAM, 24 DIS: Separuh daripada mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini telah kembali ke rumah.
PUCHONG, 24 DIS: Pengurusan pascabanjir di sekitar Petaling yang terkesan dengan bencana itu lancar dan teratur setakat ini, kata Dato’ Menteri Besar.
SHAH ALAM, 23 DIS: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di 103 pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini menurun kepada 18,12 orang setakat jam 11.04 malam ini.
SEPANG, 23 DIS: Mangsa banjir di daerah Sepang memuji langkah polis yang menggerakkan anggota ke setiap pusat pemindahan sementara (PPS) dan kawasan terjejas banjir untuk membantu mangsa membuat laporan berkaitan kemusnahan atau kerosakan harta benda dialami mereka.
SHAH ALAM, 21 DIS: Warga kerja Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) bergotong-royong menyediakan 1,500 hingga 2,000 makanan tengah hari untuk diagih kepada mangsa banjir di sekitar bandar raya ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.